Friday, July 27, 2012

Pengemis Buta

Cinta itu aku lirikkan,,
Dalam sebaris,
Untuk luahan rasa,
Luahan hati.

Cinta bisa jadi lain,
Cinta bisa jadi racun,
Cinta bisa jadi penawar,
Kepada hati-hati.

Cinta pada diri aku,
Sudah lama hilang,
Sudah lama malap,
Cuma tinggal cebis.

Di duga bahagia,
Langsung aku suka,
Yang mana-mana,
Yang lara-lara.

Aku masih ada,
Masih terus padam,
Setiap kali teringat kau,
Aku terus fikirkan....

Apa kau mahu senang?
Apa kau mahu terang?
Apa kau mahu silap mata?
Aku hanya ada cinta.
Aku hanya ada cinta.

Mengemis mencair hati.



1 comment: