Monday, August 6, 2012

Berdepan perasaan

Mari aku pahatkan rasa ini,
Terus langsung ke angkasa,
Lihat bulan bintang bermain,
Aku sentuh jari mu,
Aku sentuh hati mu.

Bila aku jatuh jauh,
Aku sedar itu illusi,
Aku sedar itu fantasi,
Aku yang arah cerita,
Aku yang arah cinta.


Fajar biru hampir,
Sejuk angin itu sampai,
Terus ke hati merah,
Terus ke p'rasaan merah,
Aku sentuh jari mu,
Aku sentuh hati kamu.

Bila aku jatuh jauh,
Terus jari berdiri,
Cuba menulis nulis,
Satu cerita,
Satu cinta,
Yang aku tahu,
Yang aku mahu.

No comments:

Post a Comment