Thursday, August 30, 2012

Kau abadi cinta. Ini satu dedikasi.

Aku baca terus teliti,
Aku rasa aku amati,
Melodi abadi ditulis,
Sungkur disisa malam.

Lipatan kata kau,
Dari hati kau yang pelik,
Dari bibir kau yang celik,
Dari jauh kau tunggu rindu.

Susun kata kau kejam,
Aku fikir,
Aku singkir,
Aku bundar,
Aku hindar,
Oh robekkan hati sepi sendiri.
Aku biar,
Aku siar,
Oh robekkan hati sepi sendiri.

Kau cipta indah,
Benar, ia terpindah,
Aku selak,
Semua indah,
Semua indah.

Kenapa kau sesat,
Kenapa kau dicat,
Mungkin kau pesat,
Mungkin kau kesat.

Kau masih cerita,
Kau masih derita,
Kau masih cerita,
Kau abadi cinta.

#dedikasi kepada rakan yang percaya cinta rindu itu wujud walau jauh walau sesat.































2 comments:

  1. puitis sungguh! cayalah! patut ari2 tweets jiwang2..kehkeh

    ReplyDelete