Monday, September 17, 2012

Daisy

Semalam itu hari panjang,
Gadis bunga masih senyum,
Hati darah ketawa manja,
Jeling jeling sahaja.

Semalam itu hari panjang,
Habis masa dengan cerita,
Gadis bunga masih ketawa,
Walau hati dicucuk angkasa.

Semalam itu hari panjang,
Terbakar tercucuk,
Satu daisy,
Satu bunga,
Satu daisy,
Satu hidup,
Gadis bunga tetap ketawa,
Walau hati masih sahaja.

Tiap kata yang keluar,
Aku matikan dengan 'ya',
Tiap kata yang keluar,
Aku matikan dengan senyum.

Setiap dicuba persis pesona,
Setiap disentuh penuh warna,
Gadis bunga masih ketawa,
Gadis bunga masih kecewa.























1 comment: