Kamu datang seperti angkasa,
Penuh dengan bintang,
Cerita tentang tentang,
Buat tenang tenang.
Jika dipanjang masa,
Pasti aku selalu suka,
Dengan ketawa kamu,
Ejek pelik kamu,
Selalu buat merah merah,
Walau kita tidak ketemu.
Kamu buat aku rindu,
Kamu buat aku mahu,
Kamu buat aku fikir,
Kamu buat aku, Aku.
Setiap bicara kamu,
Aku delusi seperti,
Yang belum pernah aku dengar,
Yang penuh dengan senyum bingar.
Selalu aku konstruksi,
Segala realiti,
Segala mati,
Kerna kamu aku hidup.
Kamu buat aku rindu,
Kamu buat aku mahu,
Kamu buat aku fikir,
Kamu buat aku, Kamu.
Setiap dibual,
Penuh emosi,
Penuh posesif,
Isi isi yang aku suka,
Kerna tulisan kamu terbuka,
Jika kamu hilang,
Aku pasti malang,
Kerna hati aku selalu
Kerna hati aku perlu,
Tiap yang ada dari kamu.
Kamu buat aku rindu,
Kamu buat aku mahu,
Kamu buat aku fikir,
Kamu buat aku, Kita.
Kamu buat aku, Kita.
ReplyDeleteSuka part ini. :)
rasa seperti ada sesuatu.
ReplyDeleteBisik bisik untuk persis percik semua rasa. Itu juga sesuatu bukan?
ReplyDeleteYa fel thank you