Tuesday, January 1, 2013

Melepaskan


Aku hirup udara,
Lalu lepaskan dia,
Dalam fundemental,
Bergerak berarak.

Dibaliknya sayup sepi,
Hela nafas hanyalah,
Bayang bayang,
Yang melekat dipagi ini.

Langsung..

Berkosmiklah debu debu,
Bergebulah jadi butir,
Menyentuh perlahan,
Sisi hatiku.

Biar patah biar pecah,
Biar malaikat tulis,
Pelbagai cerita,
Untuk diluahkan aku.

Bisa..

Dikastakan aku,
Dalam mana pendahulu,
Dalam mana kewujudan,
Dalam mana kebatilan,
Dalam mana kelemahan,
Dalam mana keindahan,
Dalamnya efek dia.

Pergilah bagai daun gugur,
Pergilah bagai camar berlalu,
Pergilah bagai aku cemburu,
Pergilah dari mata sibuta,
Aku hanya susunan,
Dibalik kemujudan,
Aku hanya rintihan,
Dibalik kebahagian.

Lalu...

Walau begitu rakus,
Diratah juga dilapah,
Tetap aku percaya,

Walau aku didusta.

2 comments:

  1. Replies
    1. Cinta itu melepaskan untuk melihat bahagia diempunya cinta kita walaupun aku dan dia tidak akan bersama.. Tu maksud dia. :) thank you membaca

      Delete