Terlihat kau di simpang jalan
cuma senyum dan kenangan
aku rasa beginilah
aku fikir inilah kita
tentang takdir dan penghabisan
adakah kau masih ingat tentang aku
dan cinta aku yang dalamnya sama seperti mariana?
aku rasa beginilah
aku fikir inilah kita
tentang takdir dan penghabisan
kalau kita ada masa
akan aku bualkan tentang sekarang
bukan masa lalu
kerana cemburu aku sudah ditentu
dan kitalah yang menduakan kita
dan kau semakin cantik
mungkin inilah kekayaan yang kau cari
sedang aku masih miskin seperti biasa
memikirkan masa depan
yang tak akan aku letakan kau
jadi aku bersyukur tentang itu
ia memperlahankan jasad aku
untuk mengejar bahagia bahagian aku
No comments:
Post a Comment