Friday, September 23, 2016

Untuk Mu

Semasa kita menceriakan orang
kita tak mendengar satu berita
tentang syria dan juga bahagian bahagian
mungkinlah ini satu dari cantumnya kita

untuk Mu aku punya bicara
tak pernah aku lupa
tak pernah aku leka
tak pernah aku reka

kita melompat untuk mencari nyawa
kadang kita keluh kerana sakitnya percubaan
ada yang masih mencari cinta
ada yang masih mencari sepatu
ada yang masih mencari ibu
ada yang masih tak akan bicara lagi

untuk Mu aku punya bicara
pernah aku lupa
pernah aku leka
pernah aku reka

tak pernah pula aku abadikan untuk Mu

No comments:

Post a Comment