Wednesday, October 12, 2016

Kuli yang maha mulia

Masa depan harus kerja dipejabat
baru orang mahu berjabat
iyalah, tali leher dan baju kemaja
pastinya graduan mana mana universiti
pasti ada satu gulung ijazah
pasti akan berpangkat tinggi
dibawahnya harus ada kuli

ya!
KULI YANG MAHA MULIA!!

sejak tahu ucap selamat pagi
sudah tahu mengampu
sejak tahu selamat tinggal
tak pernah ada perasaan
habis dulu di buli
sekarang harus mengeji!

ya!
KULI YANG MAHA MULIA!!

90 dari 100 masih mengemis
10 dari 100 juga mengemis
dari penat lelah si kuli
dari gelisah si kuli
dari berjaga malam si kuli

ini bukan nasib
ini adalah hisab
ini juga bukan arti
tapi satu ketulian

ya, harus kahwin sama itu orang
baru hidup mu senang 
baru hidup mu leka
baru kau tahu tak kecewa
baru kau tahu arti hidup
arti hidup yang kau tak perlu lalui

ya arti hidup
SI KULI YANG MAHA MULIA!!

2 comments: