Keluh kesah dan kisah
penat lelah dan sela sela
memikirkan jalan bersimpang
memilih dengan hati berat sekali
kerana perasaan ditanggung nyawa
resah gelisah dan bingit
lesu derukan jiwa
malam malam pesona
ditunggu tak tiba
dibiar terlena
apa kemungkinan
apa juga perbezaan
mimpi mimpi kembali
wahi wahi terhimpit
dada sesak
menahan sebak
mau diluah tak ada pula ketawa
jadi pada sekian ini
aku cuma termanggu
bukan buat nasib ku
buat hidup ku
ini bukan permainan
ini adalah ketentuan
untuk hidup yang ke dua
penuhkan dunia dengan pasir
biar sebutir diambil camar dan tempoh berjuta
dan walau habis
nyawa ku ada
hati aku hidup
mata aku melihat
telinga ku tak dibisik lagi
pada janji yang tak akan dimungkir
biarlah darah mengalir
jadi saksi untuk hari nanti
kerana hidup bukan sekali
hidup adalah ber-arti
No comments:
Post a Comment