Dari satu lidah banyak dosa
kepada tuhan yang pemurah dan pengasih
oh cinta
satu ribu empat tahun lebih kita tak pernah ketemu
bahagia mu melewati tubuh aku
kata kata mu bagai satu taman menyelamat jauh hati ku
aku melihat mu dengan hati aku
hidup mu adalah rahmat bagi aku
dari awan kecil memayung mu
dan mata cantik mu
sampai mereka terlupa
betapa pahitnya dunia
betapa dahaganya dunia
turunlah hujan
membasah dan menyejuk
mendinginkan malam
oh cinta
semalam seperti semalam
masih teringat kuat
cinta ku mencari
cinta ku di kaki bukit
mencari
tentang syurga yang memanggil mu
buat mu dan seluruh aku
sendiri di atas hira'
jadi turunlah satu wahi
seluruh alam
memberi salam
seluruh hidup menanti mu
dari tujuh turun satu
sampai haq
matilah batil
oh cinta
apakah yang membuat mu sedih?
adakah mereka mengejek mu
membuat hujah mu sebagai ketawa?
atau adakah kau sendirian ya cinta ku?
aku seperti mampu melihat mu
mengalirkan air mata dihadapan aku
masih aku ingat
mereka membaling mu di al haram
menghalau mu oh cinta ku
demi tuhan
aku gadaikan seluruh dunia untuk mu ya cinta ku
oh cinta ku
waktu itu kau berjalan
anak anak kecil mengatakan cinta pada mu
'demi tuhan, aku lagi mencintai mu'
aku harap kau tahu
walau aku bukan disitu
aku juga mencintai mu
oh cinta ku
oh cinta ku
kau sampaikan pada teman mu
ada yang datang selepas mereka
yang cinta walau tidak melihat
rindu mu membuak membusah
kau rindu pada ku, oh cinta ku
dari atas bukit
kau memanggil aku
cinta mu pada aku
walau aku masih di seribu empat ratus tahun akan datang
ya rasul allah
kau la cinta aku
tak mungkin akan berbalik
tak mungkin akan mati
dalam hati aku
ada nama mu
dan untuk penghidupan ke dua
aku pasti mau menemui mu
melihat senyum mu
dan akan aku katakan
"inilah yang tercantik disemua yang tujuh"
No comments:
Post a Comment