Saturday, November 12, 2016

Kepada entah

oh kontradisi 
kau meluka aku
lalu kau ratah dan biarkan aku

oh komposisi
tidak kau lihat
pada waktu waktu lalu
semua kau rentap
tanpa kau tahu artinya buat ku

oh yang terlarut
janganlah kau tinggal aku
membiar aku kering di tandus sini
kembalikan waktu lalu
ia sangat berarti bagi aku

bila kehancuran berlaku
kau akan mengingat ku
bila tua menyerupai mu
barulah kau akan sedar
betapa aku mencintai mu

pulanglah pada aku
kerana sinilah gebar mu
pulanglah seluruh
aku cintai mu tanpa sedar

No comments:

Post a Comment