sekarang lagi musim hujan
dingin dan waktu untuk ke gebar
menutup satu-satunya debar
sambil menikmati waktu lalu seperti satu hidup dari secawan kopi
senyum juga tak akan habis
kerana banyak perkara lucu dan kebodohan
sambil menarik nafas panjang
setiap yang terhembus akan menjadi kabus
menyerupai imiginasi aku
sekarang lagi musim hujan
masuklah ke dalam
takut nanti kau demam
dan aku yang ketawa
No comments:
Post a Comment