Banyak kali kita memikir pada kesatuan tak penting
tentang hati dan perasaan, perasan
adakah kita bisa melihat keadaan rumit
memungkin keberduaan itu menjadi satu hampa seperti suramnya kaki kaki gunung
resah adalah persoalan ia menukar jawapan kepada ketulian
saat itu kita akan lebih hampir kepada eksekusi
mungkin kita akan menunggu
jawapan jawapan kita sendiri mau jawapkan
adakah kita memikir satu nanti ini
akan mengeser masa menjadi lambat
dan seperti udara mencari segar
kesedaran tak akan ada selagi keinginan itu menjadi impi
mimpi akan cuma angan angan
kerana untuk satu kenyataan
banyak lagi perlu di usahakan
kadang kita akan lagi enak
membayangi bayang sendiri
pasir pasir pantai waktu fajar
terbang ke langit dan hilang
terus hilang seperti matinya bulan pada waktu itu
berdepanlah dengan masalah dan soal soal
kerana bagi kita semua ini adalah hidup bukan kehidupan
tidak kau tahu, dunia hanyalah palsu
di setiap hujung malam
kau akan memusing untuk mencari kepastian
kita kan tentukan institusi sendiri
jalan jalan pilihan
kerana di setiap pangkal itu
ada kesempatan yang bisa kita beri gambar
dan inilah kata kata tak terungkap
No comments:
Post a Comment